Sabtu, 30 November 2013

NOVEL:Choose Me! 1




    "Chayook Quhar!" Farhana dan Wawa buat thumbs up . Farquhar cuba memberanikan dirinya. 
    "Assalamualaikum." Farquhar melangkah satu tapak ke hadapan. Hasya berpaling memandang tuan empunya suara.
    "Waa'laikumsalam.Awak ke yang hantar dekat saya surat ni."
    Farquhar senyum dan mengangguk. Hasya mengangguk lalu tersenyum.
    "Awak nak cakap apa?"Soal Hasya.
    Hasya Irdina,pelajar form 4 yang agak hot dekat sekolah itu.Dah ramai jejaka form 5 menaruh hati terhadapnya.Tapi,Farquhar yang mulakan langkah.Ini pun sebab bantuan adik kembarnya, Farhana dan kawannya, Nashwa atau mudah dipanggil Wawa.
    "Saya ...sukakan awak. Honestly, saya nak tanya awak.Sudi jadi my girlfriend?" Farquhar sedikit teragak agak.Takut ditolak mungkin.
    Laju kepala Hasya mengangguk. " Saya pun dah lama simpan hati dekat awak sebenarnya."
    Pernyataan yang membuatkan Farquhar dan dua lagi spy dibelakang itu terkejut.
    "Lah.Ye ke."Farquhar garu kepala.Tak disangka.
    Muhammad Aufa Farquhar Bin Farid McLeod.Siapa berani tolak jika si jejaka tersebut.Lelaki berdarah kacukan mat salleh-melayu itu memang jejaka yang diidamkan setiap gadis.Sampai makcik jiran sebelah rumah pun terpukau dengan kekacakkannya.
     Lain pula Nur Aufa Farhana Binti Farid McLeod.Dia lebih kepada iras iras ibunya.Melayu tulen. Walaupun mereka adalah kembar pasang,namun tidaklah begitu serupa wajah mereka.
     Dan, Nurul Nashwa Binti Naim. Kawan sejak tadika lagi.
     "Keluarga kau dah macam keluarga kami dah."Kata Farhana.Disetujui dengan anggukan Farquhar.
     "Keluarga korang pulak dah macam keluarga aku."Wawa ketawa.
     Punyalah rapat.Sama sama duka,sama sama suka.
     "Weh,amacam?"Farhana tampar bahu Farquhar.
     "Settle."Farquhar senyum.
     "Kau kena belanja kitorang berdua la jawabnya.Kan?"Wawa angkat sebelah kening.
     "No hal la.Petang ni,makan besar."

     "Quhar,petang ni jom study group kat rumah aku."Pelawa Wawa.Farquhar yang sedang menulis sesuatu di atas kertas terhenti apabila melihat kelibat Wawa.

     "Hana join?"Soal Farquhar.Dibalas anggukan Wawa.
     "Takpelah.Korang berdua je pun okey kan.Aku tak boleh join kut.Sibuk sikit." Farquhar menyambung menulis.
     "Loh.Sibuk apa?"Wawa menyoal hairan.
     "Sibuklah kau.Ader la."Farquhar buat muka berlagak.
     "Tu kau tulis surat apa pulak tu?"Wawa cuba merampas tetapi Farquhar laju menarik kertas tersebut.
     "Damn it!"Tengkingan yang agak meninggi membuatkan Wawa terkejut.Seluruh kelas memandang Wawa dan Farquhar.
     "Apahal emo sangat?"Wawa buat muka tak puas hati.
     "Sorry.Aku tak sengaja."Farquhar meraup wajahnya.
     "Aku blah dulu."Wawa angkat buku dan terus ke mejanya.Dalam hati sakit.Mana pernah Farquhar meninggi suara terhadapnya.
   
     Wawa memandang Farhana.Farhana masih khusyuk dengan pembacaannya.
     "Hana.Aku nak tanya kau sikit ni."Wawa akhirnya bertanya setelah 45 minit dihimpit persoalan.
     "Kenapa?"Farhana letak bukunya di atas meja.
     "Kau tak pelik ke dengan Quhar tu."
     Wawa mengetuk ngetuk meja dengan pen birunya.
     "Maksud aku,perangai dia sekarang dah banyak berubah kan?Setakat ni,dah 5 kali aku ajak dia buat study group.Satu pun dia tak boleh join."
     "Aku perasan semua ni.Aku dengan dia pun,dekat rumah pun dah kurang rapat.Dulu,aku selalu tonton tv sama sama dengan dia.Sekarang ni,dia banyak lakukan aktiviti dia dalam bilik.Siap kunci bilik lagi tu."Farhana menggaru kepalanya yang tidak gatal.
     "Semua ni jadi lepas.."Wawa tidak menyambung pernyataannya.Dia menunggu Farhana untuk menyambung.
      "Lepas dia couple dengan Hasya.Betul tak?"
      Wawa angguk perlahan.

      "Aku tengok kau sekarang dah makin hangat bercinta je dengan si Hasya tu."Farhana ambil tempat di sebelah Farquhar di ruang tamu.

      Farquhar tak menjawab.Dia hanya memandang sekilas adik kembarnya dan menyambung texting bersama yang tersayang.
      "Quhar,dalam duduk hangat bercinta tu,kau jangan lupa. Tahun ni kau ada periksa besar. Jangan disebabkan cinta,kau hanyut lantas habis impian kau.Kau kan nak jadi engineer.Nanti mana ada orang nak terima kerja engineer kalau result pun hancus."Nasihat Farhana.
      "Aku tahu la apa yang aku buat."Suara Farquhar sedikit tegas.
      "Bila pulak kau nak join kitorang study group ni?"Farhana menyoal selepas diam 5 minit.
      "Never. Aku lebih suka study sorang sorang la."Matanya masih tertancap pada skrin telefon. Farhana mengeluh.You changed a lot Quhar.
      
      "Quhar."Hasya bersuara gedik.
      "Yes."Farquhar turunkan bukunya.
      Gazebo kecil di sekolah bercat coklat dah macam milik mereka berdua.Waktu rehat ja,mesti diorang dah bertapak dekat situ.
      "You still kawan dengan Wawa dengan Hana tu ke?"Hasya menyoal cemburu.
      "I dengan diorang biasa biasa je.Hana tu pun dah kurang rapat dekat rumah.Wawa apatah lagi."Quhar menjawab malas.
      "Good.I takut you jatuh hati pulak dekat diorang."
      "Diorang?Hey,Hana tu adik I."
      "Opss,sorry.Wawa jer."Farquhar cubit pipi Hasya.Hasya makin gedik la jawabnya.

      "Apa ni!"Wawa rasa macam nak meraung.Aku rasa macam  kekurangan je.Kenapa?

      2 bulan dah berlalu.SPM lagi sebulan.Kenapa ni?
      Hati aku dah pergi mana sekarang ni.
      "Happy birthday Wawa!"Satu kelas menyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuknya.Wawa senyum.
      Farhana menyuakan kotak hadiah bersaiz sederhana kepada Wawa.Wawa senyum gilang gemilang.
      "Wahhh! Terima kasih Hana.Kau memang kawan baik dunia akhirat lah."
      Farhana ketawa.Tetapi...
      Riak wajah Wawa berubah.
      "Quhar mana?"
      Farhana menggeleng. "Untuk pengetahuan kau,hari ni pun birthday minah tu."
      "Hasya?"
      "A'a.Dahlah.Pedulikan mamat tu.Kau bukak la hadiah aku tu."
      Wawa cuba tersenyum.Tapi dalam hati,memang dia kecewa sangat sangat.Tak pernah Farquhar terlepas untuk ucap 'Happy birthday' kepadanya.Dia mendahulukan cintanya dari sahabatnya.
       "Birthday tahun ni aku rasa lain macam la.Macam kurang sikit."Wawa mengeluh.
       "Apahal ni Wawa.Even Quhar tak ada pun,aku ada la.Everytime.I'll be there... whether you say you need me or not."
       Wawa senyum.Terus dipeluk kawannya itu.
       
       "Kau Wawa kan?"Hasya terus menyoal.Selepas loceng tamat waktu sekolah berbunyi,ada seorang lelaki memberitahunya,ada seseorang mahu berjumpa dengannya.
       Wawa mengangguk.
       "Kau kawan baik Quhar kan?"
       Wawa memandang sepi gadis itu.Tindakan berani seorang junior menghadap senior.
       "Tapi tu dulu la kan.Sekarang,Quhar cakap,dia dah menyampah nak berkawan dengan kau."
       "Boleh aku balik dulu tak?Nak dengar kau bercakap,lebih baik aku balik rumah solat zohor lagi bagus kan?"Sindir Wawa.
       "Ops.Nantilah.Borak kejap.Anyway,happy birthday.Sebagai ganti ucapan Quhar.Sedihkan Quhar tak ucap dekat kau.Dia sanggup sambut birthday aku.Hanya kitorang berdua waktu rehat dekat belakang sekolah."Hasya senyum sinis.
       "Kau jealous kan?Betul tak?"Hasya menyoal.Anak matanya tepat memandang anak mata Wawa.
       "For what?! Aku ada banyak kerja lainlah daripada nak cemburukan korang berdua."
       "See.You lost your temper. Kau mesti jealous.Cemburu sebab kau sukakan dia."
       "So?Kalau aku suka pun?Ada aku kacau kau?"
       "Ok.Kiranya kau suka dia la ni?"Hasya menyoal lagi.
       "Dah,aku nak balik."Wawa dah malas nak melayan ragam budak hangat bercinta ni.
       "Kita battle Wawa.Dan aku akan pastikan untuk buat kau jadi sampah depan mata dia.I promise."
       "Buatlah apa yang kau nak.Aku tak kemaruk macam kau."
       "Happy birthday Wawa. Kau boleh balik.Aku dah takder benda nak cakap dengan kau."
       "Ouh.Untuk kau juga. Happy birthday.Semoga hari ini hari bahagia untuk kau."Wawa senyum sinis.
       "Sorry,honestly,hari ni bukan birthday aku pun."Hasya letak jarinya di bibir.Hasya ketawa.
       "Aku saja taknak bagi dia join class kau sambut birthday kau.Bye."Hasya berlalu pergi dengan ketawa.Sengaja menambahkan sakit hati Wawa.

       Terimbau kembali perbualannya dengan Hasya.Gadis yang sangat menyakitkan hati.

      "Ops.Nantilah.Borak kejap.Anyway,happy birthday.Sebagai ganti ucapan Quhar.Sedihkan Quhar tak ucap dekat kau.Dia sanggup sambut birthday aku.Hanya kitorang berdua waktu rehat dekat belakang sekolah."Hasya senyum sinis.
       "Kau jealous kan?Betul tak?"Hasya menyoal.Anak matanya tepat memandang anak mata Wawa.
       "For what?! Aku ada banyak kerja lainlah daripada nak cemburukan korang berdua."
       "See.You lost your temper. Kau mesti jealous.Cemburu sebab kau sukakan dia."
       "So?Kalau aku suka pun?Ada aku kacau kau?"
       "Ok.Kiranya kau suka dia la ni?"Hasya menyoal lagi.
       "Dah,aku nak balik."Wawa dah malas nak melayan ragam budak hangat bercinta ni.
       "Kita battle Wawa.Dan aku akan pastikan untuk buat kau jadi sampah depan mata dia.I promise."
       "Betul ke aku jeles ni?Aku suka dia ke?Aku tak pernah rasa apa apa pun bila bersama dia.Bila dah hilang baru aku rasa sunyi sangat."
       Wawa meraup wajahnya.Dia tidak mahu beratkan kepalanya.SPM lagi sebulan.Aku perlu fokus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan