Sabtu, 30 November 2013

ENOVEL:6 Sahabat (1)



    PON!PON!PON!
    Syira tekup kedua dua belah telinga kanannya dengan tangan.Anis sebagai pemandu dah mengetap bibir menahan marah.
    "Hey!Diorang ni nak potong,potong jer lah.Nak main hon pulak tengah tengah jalan ni."Marah Fiqa.
    "Diorang nak buat pancaragam kut tengah tengah jalan ni.Menggantikan trumpet."Ifaa buat muka tak bersalah.Dalam hatinya,dah simpan seribu geram.
    Syai masih memandang pemandangan luar.Earphone di telinganya dari tadi masih belum ditanggalkan.Syifa pula sedang online facebooknya.Jadi dia malas nak masuk campur.Dia fokus dengan mengupdate statusnya.

     Today,me with my buddys nak pergi rumah nenek I.Rasanya dah berpuluh tahun tak melawat nenek.Ibu dengan ayah pun pesan suruh kirim salam dekat nenek.


     "Tu,tengok tu.Diorang dah potong kereta kita."Syira memandang luar.Kereta Alphard berwarna hitam memotong kereta Estima mereka.

     "Ha,nak potong tu potong jerlah.Kan senang.Free je cair tahi telinga aku ni."Anis membebel sambil matanya masih fokus di jalanan.



     Fiqa memandang jam di tangannya.Tepat jam 6:45 petang.Dia memandang sekeliling.Bulu romanya naik.

     "Kau tak rasa pelik ke kawasan ni?"Fiqa menyoal Anis.
     "Entah,aku rasa seram sejuk jugak sebenarnya.Kita tunggu jerlah Syifa panggil nenek dia tu."Ujar Anis perlahan.Mereka berlima menunggu Syifa yang sedang mengetuk pintu rumah neneknya.
     "Nenek.Assalamualaikum."Syifa memberi salam.
     Pintu rumah papan itu terkuak perlahan.Terpapar wajah seorang nenek yang dimamah usia.
     Syifa menghulur tangannya.
     "Kau siapa?"Nenek itu menyoal tegas.
     "Nek Sulo.Saya Syifa.Cucu nenek.Nenek dah lupa?"Syifa menyoal pilu.
     Berubah wajah Nek Sulo. Laju tangan Syifa disalam.
     "Oh.Syifa.Nek dah lupa.Kamu dah lama sangat tak melawat."
     "Ibu dan ayah kirim salam dekat nenek.Nek,saya datang dengan kawan kawan ni sebab nak tidur beberapa hari dekat rumah nenek."Syifa memberitahu tujuan sebenar mereka datang ke situ.
     "Tidur?"Nek Sulo sedikit terkejut. Syai dah mula senyum sinis.Dia mengubah mp3 nya dari lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia nyanyian Oki kepada Surah Al-Kursi.
     "A'ah.Kami semua cuti sem.Kami ingat nak redah hutan la dekat kampung ni.Boleh tak nek?"Wajah Syifa merenung Nek Sulo simpati.
     Lama Nek Sulo berfikir.Kemudian dia mengangguk dengan senyum tawar.
     "Jom salam nenek Syifa."Ifaa menolak tangan Fiqa.
     "Kenapa aku tengok nek dia macam hantu je."Ujar Fiqa perlahan.Terus belakang Fiqa ditampar dengan tangan Ifaa.
     "Sebelum kaki aku masuk mulut kau,baik kau diam."Mencerun mata Ifaa memandang Fiqa.
     Fiqa menggeleng.



     "Korang ni tak rasa pelik ke?"Soal Fiqa kepada Anis dan Syai.

     "Pelik apanya?"Anis membuka telekungnya.Mereka baru sahaja selesai solat Isya'.
     "Tak.Aku tengok Nek Sulo tu macam..."Fiqa berhentikan ayatnya.Tak sanggup nak sambung.
     "Macam hantu ke?"Syai sergah.
     WARGH!!! Terjerit Anis dan Fiqa.
    "Kau ni,buat terkejut je Syai."Fiqa mengurut dadanya.
    "Aku pun perasan jugak.Pelik sangat.Tadi aku pergi dapur.Bukak peti sejuk.Kau tahu apa aku nampak?Peti ais tu berabuk.Pelik kan?Rumah ni macam terbiar je aku tengok."Syai melipat sejadah.
    "Korang ni!"Tanpa salam Syira menyergah mereka yang baru habis solat di dalam bilik.
    "Lah.Kau ni kenapa pulak?"Anis menyoal pelik.
    "Sebab korang menjerit la,air fresh orange aku tu tumpah."Syira mengeluh.
    "Alah,sorry la."Syai meminta maaf.Syira menggeleng.Kakinya diayun masuk ke dapur mencari kain buruk untuk mengelap airnya yang tumpah di ruang tamu tadi.Habis terbehenti pembacaannya tadi.
    "Syira~" 
    Suara apa pulak tu?Macam panggil nama aku je.Syira berpaling.
    PAP!
    Terus dia pengsan tak sedarkan diri.



     "Nek,tu kain putih nak buat apa tu.Banyak lain macam je?"Ifaa menyoal Nek Sulo.

     "Oh,tu nek buat bungkus."
     "Bungkus apa nek?"Syifa pula menyoal.
     Soalan Syifa,Nek Sulo dibiarkan tidak berjawab.
     "Nek nak jalan jalan kejap.Korang berdua masuklah.Pergi tidur.Esok korang nak redah hutan lagi."Nek Sulo sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada mereka berdua.
     Ifaa yang dah meremang bulu roma terus masuk ke dalam rumah.
     "Nek nak berjalan pergi mana?"Syifa menyoal lagi.
     Nek Sulo tidak menjawab dan terus masuk ke dalam hutan.



     "YA ALLAH!Syira.Kau ni dah takder tilam ke.Yang sampai nak tidur dalam dapur ni."Anis menggeleng.

     Syira menenyeh matanya.Dia terkejut.
     "Semalam aku nampak.."Mulutnya terkunci.Syira pening.
     "Dah,kitorang dah nak solat Subuh ni."
     Sewaktu bangun tadi,Anis pelik,kenapa ada lima orang je.Dia pergi cari di ruang tamu.Ada fresh orange tumpah.Terus dia masuk ke dapur.Dilihatnya,Syira dah terbaring di lantai dapur.



     PAGI yang indah.Syai menghirup udara yang nyaman itu.Dia memakaikan earphone di telinganya.

     "Betul.Semalam aku memang nampak."Syira menceritakan kepada Ifaa.
     "Patutlah semalam aku tanya Nek Sulo pasal kain putih banyak banyak tu.Nek Sulo jawab nak bungkus.Tapi nak bungkus apa, tak pula dijawabnya.Seram aku time tu."Ifaa menggeleng.
     "Eh,korang semua ni dari mana?"Soal seorang makcik yang tengah menyapu sampah di halaman rumahnya.
     "Kami semua dari KL.Saja datang sini.Cuti sem ni kami ingat nak redah hutan."Jawab Syifa.
     Mereka berenam menyalam makcik tersebut.
     "Korang semua ni tinggal mana?"Soal makcik itu lagi.
     "Rumah Nek Sulo."Jawab Fiqa.
     Makcik tadi terkejut.Dia beristigfar.
     "Tak silap,Nek Sulo dah meninggal 10 tahun lama nya dah."Terang seorang lelaki berusia lingkungan 20-an.
     Mereka berenam terkejut.



     "KAU telefon mak ayah kau."Anis menggesa Syifa.Syifa mengeluarkan telefon bimbitnya.

     "Assalamualaikum ibu.Nenek dah lama meninggal ke?"Syifa menyoal ibunya.Dia pelik.
     "Nek Ani belah ibu hidup lagi la.Kalau Nek Sulo belah ayah kamu tu dah lama meninggal."
     Tersirap darah Syifa.Jadi memang betul lah.Nek Sulo tu dah lama meninggal.
     "Syifa pergi rumah nenek mana ni?"Ibu Syifa menyoal.
     "Nek Sulo ibu."
     "Ibu ingatkan Syifa pergi kampung belah ibu.Ada jadi apa apa ke kat sana?"
     "Tak der apa pun ibu."Tipu Syifa.



     "Lama kan kita tak jumpa?"Soal Qushairi,anak makcik yang mereka jumpa tadi.

     Anis mengangguk.Kawan sekolah menengahnya dulu.Bagi Anis,Qushairi hanyalah kawan.Tapi,tidak kepada Qushairi yang menganggapnya lebih dari kawan biasa.
     
    
Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan