Sabtu, 30 November 2013

NOVEL:Bad Boys 1




      "Makcik tu memang cari masalah."Empat kepala memandang lalu memandang kembali sang pencerita untuk menyambung ceritanya.
     "Mak aku cerita,makcik tu suka buat kontroversi rumah tangga la lebih kurang.Dia pergi jumpa suami orang,lepas tu sebar la fitnah kata si bini curang la. Pernah dia try tackle abah aku kau tahu?"Bersungguh sungguh Harraz bercerita.
     "Ha!Ayah aku pun kena juga."Kata Imran sambil menghempas meja.
     "Dia tu janda anak tiga."Ujar Adam sambil laju tangannya mengacau straw di dalam gelas berisi jus epal yang baru dipesannya tadi.
     "Jadi.."Fayyad angkat kening sambil tersenyum.Empat kepala mengangguk tanda faham.
     "Kita kacau makcik itu.Bagi dia tahu langit tu tinggi ke rendah."Karlish sudah tersengih.
     "Kitorang on."
     Bad Boys,itulah yang diorang gelarkan.Diorang suka lepak tengah tengah malam.Buat kacau.Terutama kacau polis di tengah malam.Polis pula tidak dapat detect siapakah gerangan ahli Bad Boys kerana di kala pagi,mereka berubah seratus peratus.
     "Kau ingat tak lagi macam mana aku boleh jumpa kau?"Soal Fayyad kepada Harraz.Empat kepala memandang Harraz untuk memulakan cerita.Harraz mengangguk.
     "Mestilah aku ingat.Waktu tu..."

     Harraz mengambil lagi dua buku sebagai tambahan.Ditarik kerusi untuk duduk dan menyambung pembacaannnya.

     Spek mata besarnya yang sudah senget dibetulkan.
    "Budak nerd weh."Kata Farouq sinis.Dia menepuk bahu temannya.
    "Weh nerd.Aku nak duit."Dani menolak belakang Harraz yang tengah membaca.Harraz terkejut dan berpaling.
    "Tiap tiap hari korang minta duit dekat aku."Kata Harraz perlahan.
    "Oh,kau menjawab ya."Giliran Johan menolak kepala Harraz.
    "Baik kau kelarkan cepat duit kau!"Gertak Faiz.Suaranya masih dikawal.Takut takut mengganggu suasana.Mujurlah perpustakaan sekolah itu sedikit lengang.
    Harraz mengeluarkan dompetnya. Farouq terus menarik dompet di tangan Harraz.
    "Aku tahu kau anak orang kaya."
    "Baik korang bagi balik duit dia."Satu suara menergah.
    "Wo,dia tu kawan kau ke?"Soal Faiz.
    Harraz menggeleng.Dia tak kenal langsung lelaki tersebut.
    "Ada orang nak bela la."Johan angkat kening sebelah pada teman temannya.
    Tak sampai 7 saat,dompet itu berada semula ditangan Harraz.
    Mereka berempat terkejut.
    "Bos,aku rasa ada aura pelik la dekat mamat ni?"Bisik Johan di telinga Farouq.
    "Macam nilah.Kali ni kitorang lepaskan.Takperlah.Kitorang blah dulu."Bertaburan Farouq dan gengnya lari keluar daripada perpustakaan.
    "Kau okey?"Soal lelaki itu.
    Harraz mengangguk.
    "Aku Fayyad.Kau?"
    "Harraz."Katanya perlahan.

    "Sejak tu,kau perkenalkan aku dengan Adam.Adam memang kawan kau dari dulu lagi kan.Pastu kau beritahu aku kau nak tubuhkan kelab.Kau tanya aku nak join ke tak.Then..disinilah aku."Harraz sengih.

    "Kalau aku pulak,aku yang pergi dekat kau kan?"Karlish angkat kening sebelah kanannya.
    "Eh,yang mana satu tah?"Fayyad lupa.
    "Ala,yang..."

     Dia menarik nafas tercungap cungap.Akhirnya,dia berlari masuk ke dalam satu kelas.Pintu ditutup kasar.Si dia menarik nafas lega.

     "Kau buat apa ni?"Soal Fayyad pelik.Dahlah dia seorang je dalam kelas ni.
     Karlish sengih.
     "Aku kena kejar la."
     "Oh,kau Karlish budak kelas dua tu ye?"Fayyad menyoal.Ditatap wajah lelaki tersebut.Patutlah jadi kegilaan.Rupanya memang memikat hati.
     Karlish angguk. "Nak lagi kenal,orang panggil aku 'Playboy Tegar' .
     Fayyad senyum dan menggeleng.Mahu tak jadi kegilaan.Bermula sahaja loceng rehat,budak perempuan kelas lain semua mencari dia.Sampai ke dalam tandas pun diorang sanggup tunggu di luar.
      "Kau nama apa?"Soal Karlish.
      "Fayyad."

      "Lepas tu,aku dapat tahu dari Adam pasal tubuh kelab.Aku sendiri yang nak join korang.Adam pulak satu kelas dengan aku."Karlish menyambung menghirup jus orennya.

      "Dengan aku lagilah.Bergaduh kut."Imran sengih memandang Fayyad.
      "Yang tu memang kau sengaja nak cari pasal kan."Fayyad menggeleng sambil tersenyum.    
      "Bukannya apa.Waktu tu kan aku tengah..."

      "Kau penipu Liya!Aku benci kau."Kutuk Imran dibelakang sekolah.Dulu,memang disayang sangat sangat perempuan itu,sekarang,perempuan itulah manusia yang paling dibencinya.

      "Sorry la Imran,I sebenarnya dari dulu tak pernah pun ada hati dekat you.I sebenarnya suka dekat orang lain.I couple dengan you pun sebab nak bagi orang yang I suka tu jealous bila tengok I dengan you."Liya sedikit menundukkan wajahnya.Malu barangkali.
      "Pehal ni bro?"
      Imran berpaling.Terkejut dia.
      "Eh,kau ni pehal.Aku tak cari gaduh dengan kau pun.Kau pergi tempat lain boleh tak.Jangan ganggu aku!"Tak semena mena anginnya lepas.Padahal hanya ditegur sedemikian rupa.
      "Sebab seorang awek kau jadi macam ni?Banyak lagi la bunga yang cantik kat luar sana tu."Fayyad menggeleng.
      "Kau ni siapa?Tak pernah pun perasan wajah kau dekat sekolah ni?"
      "Fayyad kelas satu.Kau kelas dua kan?"
      Imran mengangguk.
      "Kau ni terror lawan kan?"Soal Fayyad.
      "Bolehlah sikit."Imran merendah diri.Padahal dia juara taekwondo berturut turut.Pingat dan sijil dah penuh dirumahnya.
      "Kau nak join kelab aku tak?"
      "Kelab apa?Aku tengah frust menonggeng bercinta ni kau ajak aku masuk kelab pulak."
      Fayyad sengih.

      "Kalau Adam aku takyah cerita.Dia ni jiran sejak aku sekolah rendah lagi.Kitorang berdua yang cadang nak buat kelab ni."Fayyad menepuk bahu Adam.

      Adam yang sangat misteri.Pendiam.Dia sekadar mengangguk.
      "Oh ya,aku siap buat biodata korang lagi."Fayyad menolak buku tersebut.

      BAD BOYS

      1) Muhammad Amar Fayyad Bin Azizi. Seorang yang tegas.Pandai menyamar dan berlakon seratus peratus meniru orang yang ditiru.
      2)Harraz Akhil Bin Haris.Seorang ulat buku.Mempunyai ilmu bidang pengetahuan yang luas.Di rumahnya,disediakan satu perpustakaan besar.Di situlah dia menambah ilmu baru menerusi pembacaannya.Apatah lagi dia anak orang kaya.
      3)Adam Bin Khairul. Seorang yang misteri.Rajin solat berjemaah di masjid bersama ayahnya.Maklumat tidak dapat diketahui sepenuhnya.
      4)Muhammad Imran Syazwan Bin Ikram.Menjuarai segala pertandingan mempertahankan diri.Baginya, pingat gangsa dan perak adalah kalah.
      5)Karlish McLeod Bin Kheruddin McLeod. Ayahnya kacukan melayu-mat salleh.Ibunya pula pakistan-melayu.Mahunya tidak wajahnya menjadi begitu kacak.Dia boleh bercouple dalam masa setengah jam.Tetapi ramai gadis tidak kisah.Sanggup dipermainkannya walau sekejap.Kerana itulah gelarannya Playboy Tegar.

      "Wei!Korang kat mana sekarang nih?"Adam separuh menjerit di walkie-talkie di tangannya.

     "Aku dekat tingkap ni.Dengan Karlish."Ujar Imran.
     "Aku dengan bos ni,depan pintu.Kejap je ni."Kata Harraz sambil Fayyad mencuba untuk membuka pintu.Dengan sarung tangan supaya cap jari tak dapat dikesan.
     "Apa malangnya nasib aku sorang sorang je dekat sini."Adam menyorok di dalam semak.Check samaada polis hadir ke tidak.Selalunya diorang akan buat berlima,tetapi semakin banyak kes tentang diorang,polis lebih berhati hati.Diorang parking jauh jauh,lepas tu lari perlahan lahan.Untuk kali ini,aku yang menyorok pulak.
     "Weh,korang!Aku dah masuk."Kata Fayyad di walkie talkie.Diikuti di belakangnya,Harraz yang sedang mencari cari telefon rumah.
     "Kitorang sikit lagi."Ujar Karlish.
     Adam memandang sekeliling. Tiba tiba dia tersentak."Korang ada orang lalu la."
     "Ha?Orang lalu?Apa kejadahnya malam malam ni?"Soal Harraz pelik.
     "Aku rasa orang buat rondaan la.Cepatlah,aku anggar lagi lima minit diorang sampai sini.Sebab diorang check satu ke persatu rumah."Adam memberi arahan,
     Harraz sudah mula menelefon polis."Rumah beralamat di xxx Taman xxx.Cepat!Rasanya ada orang nak merompak."Fayyad mula menjatuhkan barang di atas lantai.
     "Korang dah siap?Aku nak cabut ni."
     "Kitorang beres."Kata Imran.
     Harraz dan Fayyad berlari keluar dari tingkap yang telah dibuka Imran dan Karlish.Rasanya,semua tingkap belakang diorang dah bukak.
     "Adam!Lari pergi belakang."Arah Fayyad.
     Adam keluar dari semak berhati hati.Sudah nampak kelibat kereta polis.Rasanya lagi 3 minit.Rumah makcik ni dekat je dengan balai polis.

     Seminggu dah berlalu...

     "Makcik tu apa citer?"Soal Imran.
     "Mak aku cerita,makcik tu taknak keluar rumah dah.Sebab rumah dia kan dekat dengan balai polis.Dengan nota yang ditinggalkan di tepi tingkap,'Jangan nak rampas lelaki orang'.Memalukan balik makcik itu.Polis jumpa kertas tu.Faham fahamlah manusia akan fikir macam mana."
     "Yang tu Karlish yang letak.Aku bagitau dia tak payah dia nak letak jugak."Imran menunjukkan jari telunjuknya ke arah Karlish.
     "Lepak ar.Aku bosan betul la."Karlish mengaduh.
     "Malam ni jom lepak nak?Kalau ada benda best,kita on."Kata Fayyad bersungguh sungguh.Seminggu rasanya lama,jika tak dihiasi dengan jenayah.
     "Diary aku untuk seminggu ni kosong,Tak tau nak tulis apa."Kata Harraz.Diikuti gelak kecil teman temannya.
     
     "Abah,abah dah siap ke?Jom."Ajak Adam.Sejuk hati Puan Anisah mendengar.
     "Ya ya.Abah dah siap ni.Jom.Kejap lagi masbuk pulak."Ujar Encik Khairul.
     Tapi,perangai waktu malam macam singa lapar.

     "Fayyad,jaga Farhana tau.Ibu nak keluar."Puan Fariha senyum.

     Fayyad angguk. "Ala,Farhana.Jom main dengan abang."
     Puan Fariha keluar dari rumah dengan hati yang tenang.Yakin anak sulungnya mampu menjaga Farhana.

     "Kamu ada dapat tawaran kerja tak lagi?"Soal Encik Haris lalu menarik kerusi dihadapan Harraz yang tengah membaca tu.Harraz mengangkat muka dari pembacaannya.

     "Ayah ni,hantar tak sampai seminggu lagi dah tanya."Harraz ketawa kecil.
     "Mana la tahu.Kamu kan belajar dekat luar negara."
     "Insya Allah ayah.Dapat kerja bagus bagus."

     "Kamu nak jadi cikgu kelas taekwondo ke?"Terkejut dibuatnya Encik Ikram mendengar pernyataan Imran tu.

     "Alhamdulillah ayah.Dah dapat.Kenapa?Ayah tak suka ke?"Imran menyoal.
     "Taklah.Kalau kamu dah suka,ayah okey je."
     "Yang penting rezeki tu halal kan?"

     "Apa?Ibu nak jodohkan Karlish dengan bekas pelajar ibu dulu?"Ternganga Karlish mendengarnya.

     "Ya.Bagus budak tu.Hari tu baru balik Mesir.Dah berpurdah sekarang ni."Puan Kaisara merenung anak tunggalnya itu.
     Mampus!
     "Erm...bagilah Karlish istikharah dulu ya ibu."Wajah Karlish teragak agak.
     Puan Kaisara senyum sambil mengangguk.

     Aku solat wajib pun tunggang terbalik.Karlish sengih.

     Begitulah kepalsuan yang ditunjukkan oleh budak budak 'Bad Boys'.Di depan ibu bapa,diorang macam anak mithali.Tapi,belakang macam pontianak! 


Bersambung...
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan