Sabtu, 30 November 2013

CERPEN:Dakwah Cinta

     

    Air matanya menitis lagi. Laju air matanya diseka.Dia memandang dirinya disebalik cermin bersaiz petak itu.

    "Perempuan kotor."
    "Perempuan bohsia."
    "Tak silap aku.Dia tu dulu.."
    Kepalanya ditekan tekan dengan jari.Tak sanggup melihat dirinya lagi.
    "Hina sangatkah aku?Sampai aku tak boleh langsung berubah."Zulaikha mengeluh.
    "Bila kita cuba berubah jadi baik,kita akan hadapi pelbagai dugaan.Kalau kita kuat,insya Allah kita berjaya.Sebab tu sebagai manusia,kita kena sentiasa meletakkan diri kita pada Maha Pencipta."Teringat kembali kata kata Ustaz Ammar.Lembut sahaja tutur bicaranya.
     Zulaikha menggeleng.Dia kena kuat menelan cemuhan orang lain disekelilingnya.
     Laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk sejurus melakukan solat sunat.



     "Ika."Zulaikha berpaling.Sejak dia keluar dari Raudhatus Solehah,tempat pemulihan akhlak,tiada siapa yang mahu berkawan dengannya.Tetapi hari ini...

     "Ya."Zulaikha sedikit tunduk.Malu untuk memandang sesiapa.Sejak kisah silamnya sudah dibongkar oleh seseorang yang berhasad dengki terhadapnya,sejak itu dia malu untuk memandang yang lain. Faham apa tafsiran orang lain terhadapnya.
     "Saya Aisyah.Kita sekelas.Mungkin awak tak perasan kehadiran saya.Selamat berkenalan."
     Lama Zulaikha memandang tangan itu.
     "Awak sanggup ke bersalam dengan saya?"Suaranya sedikit perlahan.
     Aisyah tersenyum tawar. 
     "Ika,awak tak patut merendah diri sampai awak seolah olah menghina diri awak sendiri.Kita manusia.Kita boleh berubah.Memang manusia ini tidak akan lari dari kesalahan Ika.Sekarang,awak dah berubah kan.Saya tahu budak budak U ni kata dekat awak.Tapi bagi saya,ini tidak adil disebabkan awak cuba ke track yang betul. Boleh saja awak tersasar kalau awak termakan kata kata diorang.Sekarang,saya berdiri di sini,saya nak jadi kawan awak.Bantu awak.Push awak.Dan saya takkan biarkan awak sekali lagi tersasar.Mana tahu nanti saya pula yang tersasar."Aisyah tersenyum.



      "Awak tinggal dekat mana?"Aisyah menyoal.
     "Jalan Dewi Permata.Saya tinggal dengan nenek saya mulanya.Tapi dia dah meninggal.Sekarang saya tinggal sorang."
     "Oh.Betul ke tinggal sorang?Macam tu,saya nak tinggal dengan awak boleh?Saya tinggal dengan mak ayah saya.Tak rasa berdikari sangat.Sekurang kurangnya kalau tinggal dengan awak,rasa la berdikari sikit."
     Zulaikha terdiam.
     "Ala,bolehlah.Bab duit,aku bayar setengah.Kau ni,tolonglah."Aisyah buat muka kesian.
     Lama juga Zulaikha berfikir.Akhirnya dia mengangguk. Terasa terlalu cepat gadis yang bernama Aisyah ini.Kenal pun baru sehari,sudah mahu tinggal serumah.
     "Oh ya.Kalau kau tinggal sorang,kau bayar sorang sorang je ke duit bil air,elektrik semua?Mana kau cekau duit ha?"Aisyah menyoal hairan.
     "Mak ayah aku yang tanggung."Perlahan saja suaranya.
     "Mak ayah kau tinggal mana?"
     "Diorang dekat luar negara sekarang ni.Sejak diorang tahu aku ni dulu kerja clubbing semua tu,diorang halau aku dari rumah.Tapi selepas aku masuk tempat pemulihan akhlak tu, diorang macam boleh terima aku sikit.Tapi tak sepenuhnya pun.Diorang masih malu nak jaga anak macam aku.Sebab tu mak ayah aku hantar aku duduk dengan nenek aku.Tapi,hal duit,mak ayah aku settlekan."
      Aisyah mengangguk.Timbul rasa simpati dalam hatinya.



      "Woo,kau tengok Chah tu.Dia kawan dengan ex-bohsia la."Kalisyah mempersendakan Zulaikha dan Aisyah.

      Teman teman Kalisyah yang lain juga buat muka menghina mereka berdua.
      "Eh,korang ni dah pehal.Korang dengar sini ya.Sekurang kurangnya,dia ada niat nak kembali ke jalan yang benar.Korang ni yang mengata ni,bila lagi?"Kata Aisyah mempertahankan Zulaikha.
      "Aku bukan apa Chah.Aku takut nanti kau tersasar macam dia.Entah entah perempuan murahan ni buat buat baik je dengan kau sebab nak tarik kau sekali.Kan?Kita mana tahu."
      "Mulut kau jaga sikit ya!"Aisyah terus tarik tangan Zulaikha meninggalkan Kalisyah dengan teman yang lain.
      Tanpa sedar,mata Zulaikha sudah merah.
      "Kau jangan la menangis Ika.Aku sentiasa di sisi kau.Pegang kau.Kita masuk syurga sama sama ya.Sahabat."Tangan Aisyah diletakkan di atas tangan Zulaikha.Terus didakapnya Zulaikha.



     Dah sebulan Zulaikha tinggal bersama Aisyah.Hubungan diorang tersangatlah rapat.Kadang kadang Zulaikha kesian juga pada Aisyah.Budak U lain turut menghinanya.Tapi Aisyah cakap dia tidak kisah.

     Zulaikha membancuh dua gelas nescafe.Satu untuknya.Satu lagi akan diberikan kepada Aisyah yang sedang menonton televisyen.
     "Hey,kau cakap la betul betul."
     Zulaikha cuba mencuri dengar.Bunyinya macam serius.Entah kenapa,kakinya keras membatu.
     "Ha.Ok lah.Yang duit tu aku nak kau dah sediakan ye.Aku dah beban la duduk sini sebulan.Kau fikir aku suka ke?"
      Kemudian Aisyah ketawa.Entah apa la yang dibualkan.
      Zulaikha sekadar menggeleng.Dia masih belum dapat menangkap perbualan Aisyah.
      "Apatah lagi dengan minah bohsia tu.Aku jijik kau tahu."Lagi sekali ketawa Aisyah meletus.
      Namun ketawanya mati apabila terdengar bunyi sesuatu pecah di atas lantai.Aisyah berpaling.Dalam hatinya sudah berdegup bagai nak meletup.Yang mampu Aisyah lihat hanyalah wajah Zulaikha yang sudah terketar ketar menahan tangisan.
      "Aisyah...sampai hati.."Zulaikha tidak dapat menyambung ayatnya.Yang pasti hatinya dah berkecai.Bagai dihiris.Sampai hati kau tikam aku.
      "Sekarang,saya berdiri di sini,saya nak jadi kawan awak.Bantu awak.Push awak.Dan saya takkan biarkan awak sekali lagi tersasar.Mana tahu nanti saya pula yang tersasar."Aisyah tersenyum.


      

      Sudah dua minggu kisah itu berlalu.Aisyah pun,selepas dia terlepas cakap depan Zulaikha,dia terus angkat beg semua balik.Zulaikha pun tidak kata apa apa.Dan selepas kejadian itu juga,Aisyah seperti mahu melarikan diri daripadanya.
      Zulaikha menyambung kerjanya di kerusi batu berhampiran universitinya.
      "Ika,gadis...tut."Suara itu amat dikenalinya.Suara yang selalu menyakitkan hatinya.Siapa lagi kalau bukan Kalisyah dan gengnya.
      Zulaikha hanya diam.Dia mengemas barangnya.Dia mahu pergi dari sini.Mengelak dari berlaku sebarang pertelingkahan.
      "Kenapa kau lari?Sebab dah takder kawan nak pertahankan kau ye?"Kalisyah bersuara sinis.
      Zulaikha masih diam.Dia hanya perlu bersabar.
      "Kau tahu,siapa Aisyah sebenarnya?"
      Zulaikha berpaling memandang Kalisyah.
      "Dia sepupu aku."Kalisyah membesarkan matanya.
      "Apa salah aku dekat korang ye.Sampai korang tiap tiap hari mahu hina aku?"Zulaikha akhirnya meluahkan apa yang dia pendam selama ini.
      "Kau nak tahu,si Aisyah tu ada abang.Kau tahu abang dia siapa?Abang dia Ustaz Ammar.Sepupu aku jugak.Aku rasa kau kenal sangat siapa Ustaz Ammar tu.Kan?"
      Ustaz Ammar.Ya.Ustaz yang selalu beri ceramah setiap minggu dekat pusat pemulihan akhlak tu.
      "Ya,aku kenal.Tapi masalahnya,apa kena mengena ustaz tu dengan aku pulak."
      "Kau tahu,Ustaz Ammar nak cuba masuk meminang kau.Gila kan?"Kalisyah bersuara tinggi.Zulaikha juga turut terkejut.
      "Apabila kau dah dapat keluar dari Raudhatus Solehah tu,Ustaz Ammar dapat tahu yang kau sambung belajar sama tempat dengan adik dia.Jadi,Ustaz Ammar minta tolong Aisyah untuk dapatkan segala informasi pasal kau.Dia juga nak cuba minta alamat rumah kau.Sebab nak tolong hantar pinangan terus."Kalisyah berhenti dari menyambung ceritanya.
      Zulaikha tunduk.Dia tak pernah tahu langsung pasal benda ni.
      "Tapi yang jadi masalahnya,Aisyah tak suka kau.Kau tahu dia beritahu aku apa?Dia jijik sangat sangat dengan kau.Dia pun malu la nak mengaku ex-bohsia tu kakak ipar dia."Tajam mata Kalisyah memandang Zulaikha.
      "Selepas tu,aku pun cabar si Aisyah tu.Aku nak dia permainkan kau.Cepat je dia setuju.Kalau dia boleh buat kau taruh kepercayaan kepada dia,aku bagi duit.Kau tahu berapa?RM 500.Siapa nak tolak kan?Dan sekarang,dia dapat duit tu.Dan kau,mesti kecewa sangat sangat kan?Kau fikir baliklah perempuan bohsia,ada ke manusia nak kawan dengan kau?Kalau betul Ustaz Ammar nak masuk pinang kau,kau memang menjatuhkan reputasi keluarga diorang je."Pedas kata kata Kalisyah.
      "Kau memang tak layak.Sekarang,kau hidup je cara kau.Jangan ganggu sesiapa.Carilah mamat rempit mana yang sesuai dengan kau.Yang boleh beli kau.Buat pakai malam malam."
      Laju tangan Zulaikha dihayun ke muka Kalisyah.Teman teman Kalisyah turut terkejut.
      Zulaikha terus berlari meninggalkan mereka yang dah memaki hamun dirinya.Dia tak tahan.Air matanya terus merembes keluar.
      Ya Allah!Kuatkanlah aku Ya Allah.Aku dah penat menahan segala perit duka ini Ya Allah.Tabahkan hatiku menempuh ujian yang engkau beri Ya Allah.
      "Ika?"
      Zulaikha terkejut.Kepalanya diangkat.Terus hatinya tersentak.
      "Kenapa menangis ni?"Soal Ustaz Ammar.
      Zulaikha mengesat air matanya.Dia menggeleng.
      "Saya pergi dulu."Zulaikha bangun dan kakinya dihayun sepantas yang mungkin.
      "Nampak Aisyah tak?"
      Dia tak berpaling pun memandang Ustaz Ammar.Zulaikha hanya menggeleng.Ikut sukalah nak label aku ni kurang ajar ke apa.Aku tak peduli.



      "Terima kasih abang."Aisyah ketawa.

      "Oh ya,Aisyah cukup tak duit ni.Dah lama tak minta duit ni.Belanja pakai duit apa?"Ustaz Ammar dah mengeluarkan dompetnya.
      "Abang tak payahlah bagi duit.Chah baru dapat duit RM 500 je tau.Abang tak payah la bagi.Simpan buat kahwin nanti."Aisyah sengih.
      "Amboi,mana Aisyah dapat duit banyak tu?"
      "Abang ni.Aisyah masuk pertandingan melukis hari tu.Chah kan terror melukis."Tipu Aisyah.
      Ustaz Ammar memandang sekeliling.
      "Abang cari apa tu?"Aisyah menyoal.Dia dah dapat menghidu apa yang dicari abangnya.
      "Tadi,abang nampak Ika menangis.Aisyah tahu tak kenapa?"Soal Ustaz Ammar risau.
      "Kena break agaknya."Aisyah menjawab selamba.
      "Ada kekasih ke?"Ustaz Ammar menyoal pelik.
      "Dia tu,tukar kekasih macam tukar baju je.Ingatkan dah keluar dari tempat pemulihan akhlak,dah jadi baik.Lagi liar pulak.Kali ni abang tahu tak,dia ajak kawan kawan dia yang lain buat dosa sama dengan dia je.Macam tu abang nak buat bini?Chah harap abang takkan buat keputusan segila tu."Aisyah menabur fitnah.
      "Tapi,abang tengok dia dulu,nampak betul betul berubah.Sebab tu abang setuju kalau dia sambung belajar.Aisyah ni betul ke?Aisyah tengok dengan mata Aisyah sendiri ke?Ke Aisyah dengar orang cerita je?"Ustaz Ammar menyoal masih tidak berpuas hati.
      "Betullah abang.Dia pun nak ajak Aisyah buat jahat sama dengan dia.Dengan iman di dada,Aisyah lawan tahu tak?"
      Ustaz Ammar masih meragukan kata kata adiknya.
      "Abang pilih,abang percaya dia ke abang percaya adik abang ni?Abang batalkan la niat abang nak masuk pinang dia.Malu la Chah nanti."
      "Malu apanya Aisyah?Dia tu abang rasa memang dah berubah.Lagipun abang dah istikharah.Bukan sekali je Aisyah.Banyak kali.Abang yakin,dia tu jodoh abang."
      Aisyah buat muka tak puas hati. "Takperlah abang.Chah nak masuk bilik dah ni.Nak kemas barang."Aisyah menyua tangannya untuk bersalam dengan abangnya.Dan kata kata Aisyah masih terngiang ngiang di telinga Ustaz Ammar.



     Kertas di tangan Ustaz Ammar dipegangnya erat.Kertas yang bertulis alamat gadis bernama Zulaikha.

     Kereta yang dipandu Ustaz Ammar diberhentikan di kawasan perumahan Zulaikha."Kau tunggu sekejap ya Dani."Dani mengangguk.Dia menunggu di dalam kereta.
     Ustaz Ammar memandang kertas dan rumah silih berganti.Dia cuba memastikan.Apabila dia sudah pasti,dia terus menekan loceng.
     "Assalamualaikum."Ustaz Ammar memberi salam.
     Zulaikha keluar tetapi hanya di depan pintu rumahnya.Bukan pagar.Dia terkejut dnegan kehadiran Ustaz Ammar kerumahnya.
     "Ika,saya tak kisah kalau Ika nak berdiri dekat situ pun.Tapi,Ika tolong dengar apa yang saya nak cakap ni."
      Zulaikha menelan air liurnya yang dah terasa macam pasir.Hatinya berdebar debar.
      "Ika,saya dah istikharah banyak kali Ika.Dan jawapannya,tetap adalah awak Ika.Saya dengar macam macam dari orang lain tentang awak.Ada yang baik,ada juga yang kurang baik untuk didengar.Tapi,saya yakin Ika berubah.Boleh tak kalau saya minta alamat rumah ibu dengan ayah Ika.Saya nak masuk pinang Ika secepat mungkin.Saya dah tak sanggup tahan lama lama perasaan macam ni.Tolonglah Ika."
      "Awak sanggup ke ambil perempuan kotor macam saya?Saya akan menjatuhkan reputasi keluarga awak bukan?"Bibirnya diketap kuat.Air matanya dah mengalir.Dia menyorok disebalik pintu.

      Kau fikir baliklah perempuan bohsia,ada ke manusia nak kawan dengan kau?Kalau betul Ustaz Ammar nak masuk pinang kau,kau memang menjatuhkan reputasi keluarga diorang je."Pedas kata kata Kalisyah.


      "Saya tahu awak dah berubah Ika.Manusia tak akan lari dari melakukan kesalahan Ika.Saya pun dulunya bukan baik sangat pun.Kalau awak nak kata saya dari keluarga yang baik baik,iman bukannya diwarisi kan?"

      "Ika,tak penting siapa kita di masa silam,yang penting,apa kita di masa hadapan.Kenapa Allah masih menghidupkan kita sehingga hari ini?Kerana apa?Kerana Allah memberi kita masa untuk bertaubat.Kita ada masa.Rebutlah peluang.Kalau awak rasa awak tak kuat,saya boleh tolong Ika."
     "Tapi,Aisyah masih belum dapat terima saya.Lagipun,keluarga awak pun belum tentu terima saya."Air matanya diseka.
     "Pasal keluarga,awak jangan risau.Saya dah beritahu segalanya.Umi dengan walid saya pun dah tak sabar nak jumpa Ika sendiri.Kalau pasal Aisyah,saya boleh uruskan nanti.Tahulah saya macam mana nak lembutkan hati dia."
     Akhirnya,Zulaikha mengalah.Dia pergi mengambil kertas dan pen.Laju tangannya menulis alamat rumah ibu bapanya.Mereka baru sahaja pulang ke Malaysia dua minggu lalu.
     Ustaz Ammar tersenyum.Kertas itu diambil.
     "Tunggu saya nanti."



     "Untungnya menjadi orang mukmin, semakin musibah melanda semakin mustajab doanya...bukan perjuangan tanpa kesulitan..tetapi dalam kesulitan terselit ketenangan..semuanya menguji kekuatan jiwa insan, sesungguhnya kita tidak pernah sendirian kerana ada Ar-Rahman yang Maha Penyayang..Pesan pada diri kuatkan semangat, pesan pada hati, kukuhkan iman banyakkan zikrullah, pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa kerana Allah sentiasa ada bersama kita..!"

      Ceramah di masjid berdekatan tempat tinggalnya amat tepat pada dirinya.Zulaikha juga selalu mengeluh tentang masalah yang dihadapinya.Sejuk hatinya mendengar setiap bait kata dari penceramah tersebut.
      Hatinya mula berdoa. 


      "Buatmu sang mujahid...

      'bakal' pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
      Bersabarlah menunggu kehadiranku dalam hidupmu
      Apabila sampai saat dan ketikanya nanti
      Suntinglah daku dengan keimanan dan ketakwaan dirimu yg teguh
      sarungkan cincin di jariku dengan akhlak dan peribadimu yang luhur
      tuluslah mencintai diriku untukku semakin mencintai DIA
      peganglah tanganku seiring berjuang di atas jalanNya
      Dan jadikanlah daku bidadari hidupmu dengan memimpinku ke arah redha dan syurga-NYA...”

      Aku...


     Cuma inginkan seorang imam yang mampu membimbing tanganku kepada redhaNya

     Cuma inginkan seorang mujahid yang bersama-sama denganku memikul beban dakwahNya
     Seiring berjalan untuk meninggikan agamaNya yang tercinta
     Yang hatinya ikhlas mengharapkan redha yang Maha Esa
     Yang ingin membawa cinta suci ini kekal abadi hingga ke syurgaNya.



      "Aisyah tak boleh terima la abang!"Aisyah mengeluh.

      "Aisyah.Kenapa susah sangat Aisyah nak terima dia?Abang dengan dia nak kahwin tak sampai dua minggu lagi Aisyah."Ustaz Ammar bersabar melayan amarah Aisyah.
      "Aisyah jijik dengan dia.Aisyah malu la nak mengaku perempuan tu kakak ipar Aisyah."
      "Kenapa? Aisyah rasa Aisyah tak pernah buat dosa,Aisyah confirm la masuk syurga?Ika yang pernah buat maksiat tu,tak ada jalan lagi nak berpaling ke arah kebaikan?Macam tu ke Aisyah?"
      "Aisyah tetap tak suka dia!"Aisyah dah menangis.
      "Aisyah menangis air mata darah sekalipun,abang tetap akan kahwin dengan dia.Aisyah,kita hanya mampu memandang manusia dengan mata zahir. Tetapi zahir dan batinnya Allah yang lebih tahu. Mungkin dia cuma kelihatan biasa-biasa di hadapan manusia, tetapi siapa yang tahu imannya ‘luar biasa’ di hadapanNya?"Lembut suara Ustaz Ammar memujuk.
      Aisyah tersentap.Kepalanya teringat kembali apa yang dia lakukan kepada Zulaikha.Tapi,Zulaikha tidak langsung membalas dendam.Malah,pernah suatu hari Zulaikha cuba menolongnya ketika dia terjatuh.
      "Aisyah minta maaf.Aisyah pernah fitnah dia depan abang dulu."
      "Tentang apa?"
      "Pasal Aisyah kata dia belum berubah.Sebenarnya,memang dia berubah.Tapi sebab ego Aisyah tinggi sangat,Aisyah tak boleh terima dia.Aisyah kata dia hina.Aisyah banyak sangat buat dosa dengan dia."Air matanya menitik satu persatu di atas lantai.
      


      Jarinya yang berinai dipandang.Keluarganya sendiri sudah dapat menerima dirinya dengan sepenuhnya.Keluarga suaminya juga,memang dapat menerimanya walaupun mengetahui kisah silamnya.Aisyah juga begitu.Siap minta maaf sampai terduduk di atas lantai.Tapi,Zulaikha dah lama maafkan dia.

      Pintu bilik terkuak.Zulaikha sedikit gelabah.Dia dapat lihat Ustaz Ammar tersenyum memandangnya.
      Hatinya berdegup degup kencang.Peluh sudah mula menitik.Ustaz Ammar mengambil tempat disebelahnya.
      "Ika masih pelik sebenarnya."
      "Pelik apa?"Ustaz Ammar bertanya romantik.Tangan Zulaikha dicapai dan diusap.
      "Kenapa abang pilih Ika sebenarnya?Sedangkan abang boleh je cari perempuan yang lebih murni bersih dari..."Ayatnya terhenti.Jari Ustaz Ammar dibibir membuatkan dia lagi gelabah.
      "Jodoh itu rahsia Allah...Ika.Sekuat apa kita setia.Selama apa kita menunggu.Sekeras apa kita bersabar.Sejujur apa kita menerima kekasih kita.Jika Allah tidak menulis jodoh kita dengan kekasih kita,kita tetap tidak akan bersamanya.Kerana tulung rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saatnya.Allah dah tentukan abang dengan Ika."Ustaz Ammar mengucup dahi isterinya.Zulaikha mengangguk.Dia memahami.
      "Terima kasih abang."Tangan suaminya disalam dan dikucup penuh kasih sayang.
      Kini Zulaikha mengerti, cantiknya rancangan ALLAH.Alhamdulillah.
      

3 ulasan: