Sabtu, 30 November 2013

CERPEN:Hey Encik Jiran!



      Hazwan membasuh keretanya. "Ai,kesian kau Julie,dah berabuk kau.Lama sangat aku tak cuci kau kan.Ala bucuk bucuk Julie.Janganlah sedih."Hazwan memancutkan paip ke keretanya.
     "Lepas ni kau wangi la Julie.Boleh kita jalan sama sama."Hazwan meletakkan tangannya di atas kereta tersebut.
     "Hati aku sentiasa dekat je dengan kau Julie."
     Sayang betul Hazwan pada keretanya.Al maklumlah,kereta ini hadiah sempena cemerlangnya keputusan SPM dia.Inilah hadiah dari bapanya yang tercinta.Walaupun keluarga hanya hidup sederhana,tetapi dengan kejayaannya,telah membuka semangat baru kepada adik adik Hazwan sendiri.Hazwan bekerja sebagai engineer.Dan adik adiknya,bercita cita mahu berjaya seperti abangnya.
      "Hey jiran.Kena sampuk ke petang petang ni?"Serbu Hanani yang baru balik dari berjogging.Inilah hobinya,kala masa lapang, dia akan mengambil masa untuk berjogging bersama teman serumahnya.
      Hazwan tidak kalih.Dia kenal sangat gadis mulut celupar tu.Nani Gagak.Itulah gelarannya terhadap gadis itu.Bising mengalahkan burung gagak.Pot pet sana.Pot pet sini.Cair tahi telinga dengar minah ni melalak setiap hari.
      "Tengah basuh kereta ke?"Soal Hanani saja mahu ganggu privasi.
      Barulah Hazwan kalih memandang gadis tersebut.
      "Takdalah,tengah siram kereta ni.Mana tahu nanti boleh membesar jadi bas."Hazwan senyum sinis.Dibalas jelingan maut Hanani.
      "Takperlah.Saya masuk rumah dulu ye encik jiran.Malam ni nak online.Kita chat sama sama ye encik jiran."Hanani sengih.
      Online?Baru Hazwan sedar.Malam ni,dia kena tutup wireless dia.Minah ni bukan boleh sangat.Tiap tiap hari pakai connection free je.Minah tu pun,sanggup letak laptop dia tengah tengah antara penghadang rumah kitorang.Password tu pulak,tak tahu dek akal macammana dia boleh dapatkan.


      
      "Lapar la pulak."Hazwan memegang perutnya.Internet punya wire dia dah putuskan.Tapi,tak online facebook ni buat rasa tak boleh hidup pulak.Perut pula meragam.Macam mana ni?
      Hazwan dengan malasnya bergegas masuk ke dapur.Dia membuka kabinet.
      "Tak guna betul Syafik ni.Sempat dia perhabiskan maggie aku sebelum bercuti seminggu ni.Habis,aku nak makan apa?"
      Sekali lagi perut Hazwan menyanyikan lagu dangdut.
      "Assalamualaikum! Encik jiran."Terdengar satu suara memberi salam.
      "Yang panggil aku encik jiran  ni sorang je.Minah gagak tu la.Apa la yang dia nak malam malam buta tu.Nak minta pasang wifi free ke?Huh?Tidak sekali."Hazwan dengan malasnya membuka pintu rumah.
      "Encik jiran,kitorang buat lauk lebih sikit ni."Terlopong Hazwan.Durian runtuh ni.
     Hazwan capai tupperware yang dah diisi dengan lauk.
      "Encik jiran masak nasi tak?"Soal Hanani.Hazwan menggeleng perlahan.
      "Kejap ye."Hanani berlari lari anak mengambil sedikit nasi buat Hazwan.Hazwan kadang kadang pelik.Perempuan ni baru masuk rumah ni tak sampai sebulan pun.Kawan kawan serumah ni dah lama dah.Tapi tak pernah ambik tahu pun.Tapi,sejak si Hanani ni masuk rumah tersebut,dia jadi sedikit mesra alam.Ya,semangat kejiranan dan mulut celupar Hanani ni,buat dia sering diusik.
      "Nah.Ini nasi sikit.Makan sampai gemuk ya encik jiran."
      "Terima kasih na!."Hazwan sengih.Perutnya akan diisi lauk tak lama lagi.



      "Hazwan."Satu suara lembut menyapa telinganya.Hazwan berpaling mencari gerangan suara.

      "Oh,Liyana.Kenapa?"Hazwan juga menyoal lembut.
      "Saya nak beritahu awak sesuatu ni."Liyana sedikit tunduk
      "Saya dah lama simpan perasaan dekat awak.Tapi,saya tak tahu bila masa saya nak luahkan.Kali ni,saya dah ada keyakinan.Awak sanggup jadi kekasih saya?"

      Hazwan terlopong. 
      "Saya tak kisah kalau awak taknak bagi jawapan sekarang.Saya tahu saya terburu buru sikit."
      "Eh tak.Saya setuju."Hazwan menghadiahkan senyuman.Gadis secantik Liyana ni,kalau ditolak teramatlah rugi.
      Liyana terkejut. "Betul ke ni?"
      Hazwan angguk.


      
      "Eh.Encik jiran nak pergi mana tu?"Soal Hanani hairan.Laptopnya diletak tepi.Dia bangun berhadapan dengan Hazwan.
      "Sibuk la kau.Adalah.Orang kacak macam aku,malam malam macam ni mestilah..."Tak sempat Hazwan sambungkan ayatnya,Hanani dah memintas.
      "Merempit ke?Huh?Lelaki kalau dah keluar malam ni,lepak kedai mamak,lepas tu merempit.Ye tak encik jiran?"Hanani sengih.
      "Yang tu lain.Kalau orang macam aku ni,malam malam, dating la."Hazwan sengaja membetulkan kemejanya.
      "Oh,encik jiran ada awek la ni?"Soal Hanani bendul.
      "Yerlah.Takkan aku nak dating dengan makcik cleaner tempat kerja aku kut?"Sedikit tinggi Hazwan bersuara.
      Hanani sengih.
      "Daripada berawek awek ni,baik encik jiran masuk meminang je dia.Takut nanti terbuat perkara yang melanggar syariat.Betul tak?"Hanani menyoal macam kanak kanak.
      Hazwan sekadar menggeleng. Malas dilayan perempuan yang macam kebudak budakan ni.
      "Dahlah.Aku nak pegi dulu."
      "Jaga diri,jaga hati ya encik jiran."Hanani melambaikan tangannya walaupun dia tahu jirannya itu tidak akan membalas.



      "Oww,sejak ada awek ni,encik jiran rajin betul siram kereta dia."Hanani berkata sinis.

      Hazwan kalih. "Yerlah,mana tahu nanti boleh jadi bas kan?"Hazwan angkat kening sebelah.
      "Setakat jadi bas,apa yang seronoknya.Baik jadi kereta Alphard ke,Ferrari ke.Takkan encik jiran nak ajak awek pergi jalan jalan naik bas kan?"Hanani sengih.
      Hazwan memandang Hanani dengan mata mencerun.Menjawab je kerjanya.
      "Menjawab je kerja kau yer?
      "Dah ada mulut jawab la."Hanani jelir lidah.Tiba tiba satu semburan air tepat kena wajahnya.
      Habis lencun Hanani.Hazwan dah ketawa terbahak bahak.
      "Kenapa encik jiran buat saya macam ni."Hanani terkedu.
      "Dah ada paip ni,kita sembur je la."Kali ini,Hazwan pula yang menjelir lidah.Hanani kalih belakang mencari kalau ada bahan yang boleh dibuat untuk membalas perangai jahat jirannya itu.Dia nampak ada paip,tapi paip pendek je.Mana sampai nak balas dendam balik.Oh ya,ada baldi.Hanani dah sengih jahat.
      Hazwan yang tengah menyanyikan lagu Hanya Aku itu terkejut apabila sebaldi air tepat mengena dirinya.Dia juga turut lencun seperti Hanani.
      "Kau memang nak kena ya?"
      "Dah ada baldi ni,cerok la."Hanani jelir lidah kembali.Dan seterusnya la diorang bermain air sampai basah kawasan mereka dan lencun diri mereka sendiri.


      
      "Kenapa muka monyok mengalakan monyet jantan ni?"Soal Hanani.Di kerusi depan rumah,dia nampak encik jirannya sedang termenung jauh.
      "Kau lagi."Hazwan buat muka bosan.
      "Dah saya je yang selalu tegur encik jiran.Nak harapkan kawan saya tu tegur,diorang memang tak nak la."
      "Kau ni kerja apa ya?Aku tak pernah tanya pun kan?"Hazwan memandang Hanani yang tengah berdiri di sebalik penghadang antara rumah mereka itu.
      "Saya belajar lagi la encik jiran.Saya tahu,encik jiran kerja engineer kan?"
      Hazwan terkejut. "Macam mana kau tahu?"
      "Ada lah."Hanani jelir lidah.
      "Macam macam kau ni.Habis segala aktiviti aku kau ambik tahu kan?Nak menyakat aku la tu."Hazwan buat mulut muncung.
      "Hahaha.Dah mengalahkan tikus mondok."Hanani ketawa.
      "Eleh,macam la kau lawa sangat."
      "Oh ya,saya teringin la nak tengok awek encik jiran.Cantik tak?Ke saya cantik lagi?"
      "Kalau ikut rupa , kau cantik lagi rasanya.Tapi dah sebab mulut kau dah mengalahkan longkang loji,aku pilih awek aku lagi."
      Kali ini,Hazwan pula ketawa melihat riak wajah Hanani yang dah mencuka.
      "Kau ni sampai sekarang takder pakwe ke?"Soal Hazwan.Saja mahu berbual bual dengan gadis itu.
      Hanani menggeleng.Saya tak main la pakwe makwe ni.Saya tunggu yang betul betul ikhlas nak dekat saya.Lelaki tu terus jumpa mak ayah saya.Mak ayah saya setuju,saya pun okey je.Kenapa encik jiran tanya?"
      "Taklah aku pelik sikit.Aku selalu tengok kau kawan dengan kawan kawan perempuan je.Lagipun,aku rasa kau ada rupa ape?Takkan takder yang berkenan?"
      "Ada tu ada la.Tapi saya tak minat.Saya cerewet sikit."
      "Tengok muka pun aku dah agak.Dahlah cerewet,mulut pun pot pet,pot pet.Bising mengalahkan mak nenek."Hazwan sempat mengutuk Hanani.
      "Encik jiran pun sama la.Mulut pun dua kali lima je dengan saya.Kata orang,dia yang lebih."Hanani membidas.



      "Kau buat apa tadi kat luar tu?Lama bebenor je?"Soal Aisyah,teman serumahnya.

      "Berbual dengan encik jiran le."
      "Rapat tahap ar kau dengan dia.Kitorang dulu,dia buat tak tahu je.Kami pun malu la nak tegur."Sampuk Sara.
      "Kau ada hati ke dekat dia?"Soal Aisyah dah macam doktor cinta.
      "Aku tahu aku sapa la Chah.Aku pun tak lama nak berpijak dekat bumi ni.Biarlah rasa cinta tu,tersemat je dalam hati."Sayu kedengaran suara Hanani.Air matanya tanpa dipaksa,turun jua.
      "Kau janganlah sedih Nani.Kitorang berdua kan ada."Sara mengusap belakang Hanani.

      

      Hanani terkejut melihat gerangan yang datang ke rumah encik jirannya.Apa perempuan ni nak malam malam.Ke,ni hantu?

      "Assalamualaikum cik?"Hanani memberi salam.
      Perempuan itu menjeling memandangnya.
      "Waalaikumsalam.Hazwan ada tak kat rumah ni?"Soal Liyana sedikit meninggi.
      "Dia tak balik lagi kut.Kereta pun takdak."Hanani masih tersenyum terhadap gadis itu.Mungkin,inilah kekasih encik jiran ye.
      "Awak ni kekasih Hazwan ke?"
      "Yes.You ni siapa pulak?"
      "Saya jiran dia."Senyuman di bibir masih tidak lekang.
      "Jiran je?Tak der yang istimewa dari tu?"
      "Taklah.Kami berdua biasa biasa je."
      Liyana memandang curiga.
      Tak semena,kereta Hazwan tiba di hadapan rumahnya sendiri.
      "Eh,sayang? Sayang buat apa ni?"Tangan Hazwan dirangkul di pinggang Liyana.
      "I call you tak angkat.I datang la sini.I nak ajak you keluar makan.Tapi,tengok you baru balik ni,I kesian pulak. "
      Hazwan memegang bawah dagu Liyana,. "Untuk awak,saya sanggup buat apa saja.Walaupun penat nak mati pun,I sanggup.Jomla kita dinner.I pun lapar ni."
      Hanani tahu,Hazwan masih tidak sedar akan kehadirannya yang menjadi pemerhati malam itu.
      Tak sampai 2 minit,kereta milik Hazwan melintas di hadapan rumahnya.Dia sempat menangkap gaya mereka bemesra di dalam kereta.Hanani ketap bawah bibir menandakan geram yang membuak buak.Ya!Aku mengaku aku jeles sangat sangat.Tapi,aku boleh buat apa?Aku pendam sejak aku mula pindah sini.Tapi,aku kenal aku siapa.
       Hanani melangkah masuk ke dalam dapur.Plastik yang sudah berisi tupperware lauk dipandang sepi.Baru sahaja hasratnya hendak memberi makanan itu kepada encik jirannya.Sejak Hazwan memuji lauk itu sedap,dia rajin juga memberi sedikit lauk kepada encik jirannya itu.Dia kasih sangat dengan lelaki itu.Tapi cukuplah ia sebagai kenangan.
        Air matanya menitis satu persatu di atas meja.Hatinya masih sakit melihat gelagat Hazwan dan kekasihnya.Dia dah tersedu sedan menahan tangis.Kuatkan aku Ya Allah.



       "Ha?Betul ke?"Hanani menyoal terkejut.
       "Ya.Rasanya nak buat bulan ni jugak."Hazwan mencatat sesuatu di atas kertasnya.
       "Bagus sangatlah tu."
       "Kenapa?"
       "Benda baik macam ni,baguslah dipercepatkan.Bukan apa,hari tu saya nampak encik jiran dengan kekasih encik ni rapat sangat.Berpegang, cium sana sini.Berdosa tu."Nasihat Hanani.
       "Sebab tu kitorang ingat nak bertunang jugak dalam bulan ni.Nikah mungkin tahun ni jugak kut."Hazwan memberitahu.Dibalas anggukan Hanani.
       "Tema kaler apa ya?"Hazwan meminta cadangan Hanani.
       "Putih la.Baru suci murni.Kan?"Hanani dah menahan sebak.Dia bercakap sesuatu yang dia tak rela.Tapi,ditahan perasaannya.
       "Saya doakan,encik jiran dengan kekasih encik jiran bahagia sampai anak cucu."Hanani sengih.Sekali lagi dia menipu perasaannya.
       Hazwan hanya tersenyum.
       "Lepas ni,saya tak bolehlah nak berbual macam ni dengan encik jiran kan?Rindu la pulak."
       "Ala,YM je la saya ye?"
       Hanani senyum.Dalam kubur takder connection internet ye encik jiran.Lepas ni,saya tak boleh la curi wifi rumah encik jiran ye.Tak boleh nak berbual macam ni.
       Tetapi,semuanya hanya terluah di dalam hati.



       4 minggu sudah berlalu.Dia sendiri pun sudah bertunang.Tapi, dua minggu lepas,dia dapat tahu yang Hanani tidak lagi tinggal di sebelah rumahnya.Entah kenapa,hatinya rindu untuk mendengarkan panggilan 'encik jiran' itu sendiri.
       "Encik jiran."Tanpa sedar dia melafazkan.
       Loceng rumah berbunyi.Hazwan lantas bangun keluar dari rumahnya.Ini,jiran dia.Tapi bukan Hanani.Tapi kawan Hanani.
      "Ada apa ya?"Soal Hazwan pelik.Mana pernah dua gadis ini mahu berbual dengannya.
      "Ni,surat dari Nani."Aisyah menyuakan sampul surat tersebut kepada Hazwan.Hazwan sempat menangkap mata Aisyah dan Sara yang sedang kemerahan itu.Dia mula tidak sedap hati.
      "Nani dekat mana sekarang ni?"Soal Hazwan lagi.
      "Dia sekarang dekat hospital.Dia sakit sebenarnya.Kanser darah peringkat keempat."Sara dah mula berjuraian air mata.
      "Kami minta diri dulu ye."Aisyah mengelap air matanya.


      Surat dibuka perlahan.Tulisan yang sangat kemas itu dibacanya.
     
      Salam encik jiran yang saya rindui.Encik jiran yang selalu buat saya ketawa bersama sama.Kah,kah ,kah.Little sorry maa,kalau saya ada buat encik jiran sakit hati ke,terasa ke.Saya kan selalu cari pasal dengan encik jiran.Saya seronok usik encik jiran.Encik jiran,awak tahu saya menghidap kanser darah peringkat keempat.Doktor pun kata saya kemungkinan tak boleh hidup lama. Awal tu,saya memang terasa fed up nak hidup.Tapi,Aisyah dan Sara bawa saya tinggal bersama diorang.Di situ,saya kenal encik jiran.Encik jiran buat hidup saya bersinar.Walaupun sekejap,sekurang kurangnya cukuplah saya nak hadapi kehidupan ni.Kadang kadang rasa bahagia,sampai rasa tu jadi lain.Dalam erti kata lain,saya dalam senyap senyap mencintai encik jiran sendiri.Encik jiran mesti terkejut kan?Tapi saya tahu encik jiran,saya tak lama nak berpijak di bumi ini.Lagipun,alhamdulillah,encik jiran dah nak kahwin.Takperlah encik jiran.Halalkan segala yang telah saya lakukan untuk encik jiran.Wifi internet pun,encik jiran tolonglah halalkan.I miss you encik jiran.Saya buat segala galanya untuk buat encik jiran sedar akan kehadiran saya.Saya selalu tunggu encik jiran malam malam.Kalau encik jiran keluar rumah,saya bolehlah berbual dengan encik jiran.Tapi,kalau encik jiran tak keluar,saya tetap tunggu.Takperlah,panjang pulak saya tulis.Berbahagialah.Doakan juga kebahagiaan saya di sana nanti. Terima kasih pencuri hatiku. Salam dari Nani Gagak.Hehehe.



       Sudah sebulan Hanani meninggalkannya.Dia juga dah putus tunang dengan Liyana.Liyana rupanya curang dibelakangnya dengan lelaki lain.Tapi tak mengapa,dia redha. Diari Hanani dipegangnya.Rupanya,gadis ini sudah lama meminatinya.Minta maaf Hanani,saya tak mampu balas cinta awak.Awak pergi cepat sangat.Saya doakan awak bahagia.Jika diikutkan,hari ni,ialah hari yang akan mengubah status dirinya,dari seorang bujang kepada berstatus suami.Tapi,semuanya terungkai apabila dia mendapat tahu bahawa kekasihnya berkasih sayang dengan lelaki lain di belakangnya.

     15 September,hari ni, encik jiran puji makanan saya.Dia kata sedap.Alahai,kalau aku jadi bini dia,tiap tiap hari aku masakkan lauk special untuk dia.Tapi,aku takleh hidup lama dah.Ayoyo.
       
      23 Oktober , hari ni, aku rasa happy sangat.Dapat main air dengan encik jiran.Dia sangat handsome. Padan muka dia kena sebaldi air daripada aku.Siapa suruh dia sembur paip air tu dekat aku kan?Habis kami lencun.Ini sangat bahagia.Barulah aku merasa bahagia yang sangat sangat.Rindunya nak tinggalkan dia nanti,nak tinggalkan bumi lagi.Ibu ayah lagi.

       Diari itu ditutup.Tak sanggup dia meneruskan.Air matanya bergenang.Dia sempat sedekahkan al fatihah kepada Hanani.Semoga kau bahagia. Ya,doa memang tidak mampu mengembalikan mereka yang kita cintai,tetapi ia mampu memberi kebahagiaan kepada mereka.