Sabtu, 30 November 2013

CERPEN:Surat Cinta






     "Aku...ak..aku.."Naurah masih dengan lidah kakunya.Dia dah berlatih untuk meluahkannnya selama setengah jam.Bukan main petah lagi.Tapi,apabila berhadapan dengan realiti dihadapannya,lidahnya kelu bagai ada emas dalam mulut.Naurah mengetap bibir melihat wajah tidak puas hati Fahrin.Fahrin berulang kali juga melihat jam ditangannya.
     "Okey,macam ni la Naurah.Kau dah habiskan 15 minit aku dengan hanya nak aku dengar perkataan "Ak dan Aku" je ker?Please Naurah,aku bukan tunggul nak tunggu kau habiskan ayat kau."
     Merah wajah Naurah.Aku memang tak boleh cakap.Lembab betul la aku.
     "Sekalipun kau tak boleh nak beritahu aku apa-kebenda kau nak cakap tu,bagilah aku chance kali ni nak lepas diri.Aku ada date kau tau tak?!"Agak menengking tetapi masih dikawal nada suaranya.
     Naurah mengangguk perlahan.Fahrin menggeleng.Dia berlari lari anak meninggalkan Naurah.
     'Aku gagal lagi sekali.



     "Dah masuk berapa kali kau terpacak depan dia dengan hanya keluar perkataan 'Ak dan Aku je' ?Dan dah berapa kali Fahrin berdiri depan kau dan kau buang masa dia.?"Soal Wafiah.
     "Aku memang tak boleh la."Naurah menggeleng.
     Wafiah berfikir sejenak.Otaknya ligat berfikir.Kadang kadang dia pelik,Naurah tidak langsung berputus asa.Rasanya dah masuk 13 kali.Dia tetap nak cuba.Tapi,setiap kali cubaan dia untuk meluahkan isi hatinya kepada Fahrin mesti gagal.Apa memang Fahrin memang bukan untuknya?
     "Kau utus je surat.Senang?"Wafiah tetap cuba membantu walaupun dia tidak berapa menyukai Fahrin itu.Lelaki yang menjadi kegilaan ramai tetapi perangai hampeh buat apa.Awek keliling pinggang.Macam tu nak buat laki?Hoh!Memang tak la.Tapi,dah sebab sahabat karibnya ini memang dah gian sangat nak dekat laki tu,dia sendiri tidak boleh buat apa apa pun.
     Naurah terdiam.
     "Kenapa aku tak terfikir langsung benda ni."Dia mengukir senyum.Sebelum tamat pengajian,dia mesti luahkan perasaannya.



     "Syarif..psstt.."Syarif yang mendengar bisikan itu menutup buku pembacaannya.Ular ke?Eh,takkan ular panggil nama aku kot.Ular sumpahan ke?Hah!
     "Wei bongok,aku panggil kau ni."Perlahan suara Naurah.
     Syarif berpaling.La,kau rupanya Naurah.
     "Kenapa tiba tiba panggil aku ni?Abang kau nak masuk meminang kakak aku ker?"Bedal je ayat Syarif ni.
     "Aku bukannya ada abang pun.Dah,aku nak tanya ni,tempat Fahrin dekat mana ya?"
     "Belakang tu,kau nampak yang hujung tu...arr..."Belum sempat dia Syarif menghabiskan kata kata nya,terus Naurah berlari dan meletakkan sesuatu dibawah meja itu.Dia berlari lari hendak keluar dari kelas itu secepat mungkin.
     "Naurah...hey...bukan..."
     Segera Naurah memintas. "Terima kasih."Sambil melambai tangannya ke arah Syarif.Syarif menggeleng.



     Kepala Ameer dah rasa macam nak putus.Selama ni dia mana layan aku.Aku senyum dia jerling.Aku lambai tangan dia tunjuk penumbuk.Tiba tiba ja.Kepalanya ligat berfikir.Surat yang baru dibacanya membuatkan kepalanya memang dah tak-boleh-blah.Terasa macam mimpi pulak.
     Saya dah lama sukakan awak
              Dari:Naurah
     Untuk siapa tidak pulak ditulisnya.Tapi,kalau benar,bertuah la dia.Gadis secomel Naurah jatuh hati dengannya yang hensem ni.Dia menggeleng.
     "Kau kena sampuk ke wei?"Fahrin dihadapannya menyerbu dengan soalan.
     "Maybe..."Jawabnya lanjut.
     "Ingin la aku tahu siapa gerangannya yang bertuah tu yang dah tawan hati kau yang cukup keras terima perempuan ni."Fahrin ketawa kecil.
     "Sekurangnya sekeras keras aku,tak la hidup macam kau.Playboy,awek keliling."
     Fahrin tidak ambil peduli. "Baru la best."
     "Tak faham aku.Hidup ni terasa macam 'Wanted' je kau tahu.Kalau sampai dalam tandas diorang nak tunggu,memang tak makan saman la."



     "Kau nak jadi kekasih hati aku ke?"Ameer menyoal.Tanpa salam,terus diserbu dengan pertanyaan.
     Naurah menjerling. "Bila masa pulak aku nak jadi kekasih hati kau?"Soalnya agak marah.
     "Kau tak payah berdalih.Aku cuma tak sangka."Ameer ketawa.
     "Kau cakap tu boleh tak bagi aku faham.Ni cakap ntah-papa."
     "Mesti kau malu nak mengaku dekat sini kan.So,aku tak kisah kalau kau nak kata tidak pun."Ameer tersenyum dan melambai tangannya.


     7 tahun berlalu...
     Angin menyentuh lembut pipinya.Rasanya tak sanggup mengingatkan zaman hidupnya yang selama ini ketika di universiti dulu.Lama menunggu,tapi satu respon pun tak tunjuk.Seolah tiada apa apa pun yang beri dekat dia.Fahrin,aku memang dah naik menyampah dengan kau.
     Naurah membuka matanya.Perutnya sakit sangat.Dia terbaring atas katil.Argh!
     Pintu bilik dibuka.Terkejut bukan kepalang Nurul melihat adiknya sedang mengerang kesakitan itu.
     "Naurah,kenapa dengan kau ni?Dah berapa kali dalam minggu ni kau macam ni."
     Naurah menggeleng.
     "Aku kan tak breakfast lagi,lepas makan kejap lagi okey la."



     "Cik Naurah selalu sakit perut dan muntah muntah yer?"Soal Doktor dihadapannya.Nampak macam familiar.Tapi aku tak berapa nak pasti sangat siapa gerangannya.
     "Emm...tapi muntah kadang kadang la.Kalau sakit perut tu,memang sakit sangat."
     Doktor itu mengangguk.
     "Suami cik datang?"Laju Doktor itu bertanya.
     "Ark?Suami?Kenapa pulak tanya pasal suami?"Naurah mula tidak sedap hati.
     "La,ni simptom biasa bagi orang pregnant ni."Doktor itu mengawal senyumannya.Hendak ketawa dia dibuatnya melihat wajah kelat gadis comel dihadapannya.
     "Tapi,saya tak kahwin lagi?"Naurah mengetap bibirnya.Bila masanya pulak aku...
     "Oh,jadi..."
     "Bukan,bukan,bukan.Saya tak pernah buat pun."Naurah tersentak.Laju mulutnya menjawab.
     "Buat apa?"Doktor itu menyoal semula.
     "Buat tu la.Yang 'tu'."Naurah tertunduk malu.
     "Apa 'tu' tu?Boleh saya tahu?"Seronok mengusik gadis itu.
     "Ish,doktor ni,takkan yang tu pun buat bendul pulak.Takkan saya nak jawab kot."
     Doktor itu ketawa terbahak bahak.Dia mencatat sesuatu.
     "Awak kena banyak....bla bla bla...."Lama jugak Naurah dalam bilik itu.



     "Gila punya doktor.Kalau ada yang sakit kronik,kang mampus jugak dibuatnya."Naurah memeluk bantal panjangnya.Serius,dia memang pernah lihat wajah itu.Hensem tu,memang la.Tapi,macam pelik.Selamba badak je dia usik aku.Suka hati dia jer.Dia mesti kenal aku.Takkan dia memang jenis pe'mesra'.
     Dia kembali mengingati wajah doktor itu.Ingat,ingat,ingat...Hah!
     Blank!
     Naurah menggeleng.Memang kepala dah tak boleh fikir.Yang dia yakin,dia memang pernah tengok wajah doktor itu.



     Naurah datang lagi.Itu pun sebab doktor itu suruh dia datang lagi esok harinya.Dia akur.Pintu bilik dikuak.Terpacul wajah doktor itu tersenyum menggoda.
     Sejurus Naurah datang membuka pintu,doktor itu bangun.
     "Kata nak buat pemeriksaan,doktor nak pergi mana?"Soal Naurah pelik.
     "Pemeriksaan dekat sini.Meh ikut saya."Kata Ameer masih dengan senyum menggodanya.
     Naurah hanya mengikut belakang doktor itu.Entah kemana doktor itu pergi pun dia redah ja.
     "Sini la pemeriksaan."Ameer tersenyum mekar.
     Kening kanan Naurah terangkat.Naurah senyum.Tempat makan?Pemeriksaan?Aku tak pernah tahu pun.
     "Duduk."Doktor itu dan Naurah mengambil tempat.
     "Sini ke pemeriksaan?"Naurah menyoal juga.
     Doktor itu ketawa kecil. "Mestilah ya."
     Terangkat lagi kening kanan Naurah.
     "Sini pemeriksaan 'hati'."
     "Saya bukan ada sakit hati pun."
     "Disebabkan awak adalah tu saya panggil ni."
     Naurah mengangguk.Ada ke orang check hati macam ni?Adakah doktor dihadapannya ini doktor terlebih 'pakar' kan?
     "Nak check macam mana ni?"Naurah tidak mahu lama lama sangat dekat sini.
     "Senang je."Doktor itu memandang Naurah. "Saya cuma nak tanya..."
     Naurah menelan air liur.Sakit hati memang rawat dengan soalan je ke?
     "Masihkah ada ruang dalam hati awak untuk saya?Dan,awak masih inginkan Fahrin ke?"
     Ternganga Naurah dibuatnya.Bulat matanya memandang lelaki dihadapannya itu.Ameer!


     Imbas kembali....
     "Oh ya Ameer,aku lupa nak beritahu kau,Naurah ada letak apa apa tak dekat bawah meja kau?"Syarif menyoal.
     "Kenapa?"
     "Aku rasa dia tersilap bagi la benda tu.Sebab dia ada tanya aku mana tempat Fahrin,tapi aku tak habis cakap lagi dia dah cabut lari."
     Ameer mengangguk.Tapi dia sendiri tahan malu.Mengingatkan balik ketika dia main sergah je Naurah hari itu,dia tergelak sendiri.
     "Kalau takda apa apa aku pergi dulu."Syarif minta izin untuk pergi dari tempat itu.



     Naurah berfikir. "Kiranya awak tak bagi la surat tu dekat Fahrin walau awak tahu surat tu untuk dia dan bukan untuk awak?"
     Lama Ameer memandang Naurah.Kemudian dia menggeleng.
     "Patutlah dia tak beri saya respon langsung."Naurah mencebik.
     "Awak nak dekat dia lagi ke?"
     Laju Naurah menggeleng.
     "Saya pun tak reti nak cakap sangat tentang benda ni.Jadi..."
     Naurah menunggu.
     "Jadi..."
     Ameer menggeleng.Tak terkeluar pulak ayat dari mulutnya.Susah.Akhirnya dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
     Kertas lama yang sudah terkoyak sedkit itu dikeluarkan dan ditunjukkan kepada Naurah.
     Lagi sekali Naurah terlopong. "Awak simpan lagi surat ini walaupun awak tahu yang surat ini bukan untuk awak?"
     Ameer tidak menjawab.Dia hanya tersenyum.
     "Saya.."



     "Ohla baby bucuk bucuk."Ameer mendukung bayi comel usia 2 tahun itu,Ashraf.Naurah menghampiri suaminya yang tengah mendukung Ashraf itu.
     "Kalau busuk ikut ayah dia la."Naurah tergelak kecil.
     "Saya....rasa saya dah jatuh hati dekat awak.Bukan hati je,semua anggota badan saya merindui awak."
      Mengingatkan balik,Naurah ketawa geli hati.Ayat tak boleh-blah.
      "Senyum apa tu sorang sorang."Ameer mengusik.
      "Teringat ayat skema awak tu."Ameer juga ketawa.Malu kot.
      "Itulah,kan saya dah kata.Saya amik medic bukannya sastera."
      "Oh,jadi suruh Ashraf amik sastera nanti.Saya malu anak saya luah perasaan guna ayat skema macam awak."
      "Skema ya awak kata."Naurah cabut lari.Ameer mengejar Naurah dengan Ashraf masih didukungannya.Bayi itu menjerit keseronokan.


      "Malam ni tunggu ya awak!"Jerit Ameer dengan ketawa kecil.

3 ulasan: